Graduan berlambak di pasaran
Baiklah, kali ni kita akan membincangkan isu graduan yang semakin berlambak-lambak di pasaran. Saya pasti ramai yang sedar akan masalah graduan ini. Mana tidaknya, sampai naik pening Kementerian Pelajaran dan kementerian berkaitan untuk mencari jalan penyelesaian bagi graduan yang beribu-ribu.
Sebenarnya, bagi saya perkara ini amat remeh dan jalan penyelesaiannya tidaklah susah sampai bertahun-tahun untuk diambil tindakan. Apa yang perlu dibuat oleh kementerian ialah mengkaji dahulu pihak yang terlibat.
Pihak yang pertama ialah graduan yang menganggur yang boleh dibahagi kepada tiga kumpulan kecil:
1) graduan bidang pendidikan
2) graduan bukan bidang pendidikan tetapi memohon KPLI dan bidang perguruan sebagai opsyen terakhir
3) lain-lain graduan yang mempunyai bidang bukan pendidikan
* Saya menekankan pendidikan kerana rata-rata mereka yang menganggur ini sanggup memilih kerjaya pendidikan sebagai pilihan terakhir mereka mendapatkan kerja.
Pihak kedua pula ialah penjawat awam yang memegang jawatan utama dalam perkhidmatan (yang pastinya sudah lama bekerja dan mahu menikmati pencen tetapi “sayangkan” kerja mereka), serta pegawai yang mempunyai seniority dalam jawatan.
Yang ketiga ialah pihak kementerian itu sendiri yang sentiasa mencari formula penyelesaian dan mengetengahkan idea-idea yang menelan kos tinggi dan memakan masa untuk dijalankan. Kementerian ini juga sering menetapkan beberapa syarat yang baru untuk mempastikan kualiti graduan yang memohon kerja adalah bersesuaian dengan kehendak majikan.
Kita kaji satu persatu.
Graduan – yang tidak dapat dipastikan berapa jumlah sebenar yang menganggur, tapi dikatakan mencecah berbelas ribu orang. Mereka ini sentiasa keluar dari universiti, setiap tahun, setiap semester, dalam kuantiti yang banyak. Bagi graduan yang mengikat perjanjian dengan Kementerian Pelajaran dan Kementerian Pengajian Tinggi, kerja bukanlah satu masalah kepada mereka. Tetapi ada juga graduan bidang pendidikan yang sukar untuk mendapat penempatan waima di pejabat pendidikan sekali pun.
Kelompok graduan yang kedua pula ialah graduan yang semasa zaman pengajiannya memilih bidang yang mereka sukai atau ‘dapat secara tidak sengaja’ dan menghabiskannya walau dengan apa cara yang ada. Kemudian apabila keluar tidak mendapat sebarang pekerjaan kerana apa yang mereka ada tidak bersesuaian dengan pasaran pekerjaan sekarang. Jadi graduan kelompok ini sanggup menghabiskan satu hingga dua tahun sekali lagi untuk mendapatkan kelulusan dalam bidang perguruan pula. KPLI menjadi buruan mereka yang di dalam kelompok ini.
Dan kelompok ketiga pula ialah graduan yang masih berpegang kepada kelulusan yang mereka ada, dan sentiasa mencari-cari peluang pekerjaan dengan menghantar resume mereka kepada mana-mana yang berkenaan. Ada juga antara mereka yang mencari pekerjaan sementara bagi menampung kehidupan.
Tidak hairan juga andai ada antara graduan ini yang sekadar menanti bulan jatuh ke riba dengan duduk sahaja di rumah, tidak berbuat apa-apa, dan menunggu sehingga kerajaan berbuat sesuatu untuk mereka.
Yang seronoknya mengenai isu ini ialah jumlah kekosongan jawatan yang ada adalah sedikit berbanding dengan jumlah graduan yang dikeluarkan oleh IPT. Jadi berlakulah lebihan graduan yang menyebabkan ketidakseimbangan pasaran pekerjaan.
Yang menambah seronoknya lagi ialah mereka yang menjawat jawatan dan pekerjaan sekarang tidak mahu mengosongkan jawatan mereka. Cuba fakir relevannya apabila mereka yang sudah lama menjawat jawatan dan hamper tiba usia bersara, ingin menjawat jawatan tersebut lagi dengan melanjutkan usia persaraan! Dari 56 tahun jadi 57, kemudian disambung lagi dengan kontrak. Alasannya kerana tiada kepakaran lain untuk mengisi jawatan itu kelak apabila mereka bersara.
Ada juga penjawat awam yang setelah lama berada di sesuatu tempat bekerja, enggan menerima pertukaran ke tempat lain yang memerlukan mereka dengan alas an sudah berumahtangga, mempunyai anak isteri, ibu / bapa sakit, dan pelbagai lagi 1001 macam alas an. Jadi merekalah kelompok kedua yang saya maksudkan tadi.
Pihak terakhir ialah kementerian berkaitan yang bertanggungjawab dalam isu pekerjaan seperti SPA, JPA, KPM, KPTM, dan banyak lagi kementerian lain. Mereka hadir dengan 10101 alasan yang akhirnya menyalahkan graduan kerana graduan dikatakan tiada kualiti dan tidak mempunyai kriteria yang diinginkan oleh majikan.
Mereka juga mewujudkan banyak kursus dan latihan kepada graduan menganggur agar graduan mempunyai tambahnilai dalam resume mereka. Maka berebut-rebutlah graduan mengganggur menyertai latihan dengan tujuan upskilling dan reskilling diri mereka untuk mendapatkan kerja. Tidak kurang yang melatih semula graduan di dalam bidang pendidikan walaupun asalnya graduan tiada cita-cita dan minat untuk menjadi guru (tanpa mengira keikhlasan mereka untuk menjadi pendidik).
Saya tidak mahu menyalahkan majikan kerana itu adalah hak dan keperluan mereka. Sekiranya mereka mahu pekerja yang fasih berbahasa Mandarin, itu adalah keperluan mereka mungkin kerana jawatan tersebut memerlukan pekerja berurusan dengan pelanggan Cina. Jika mereka mahu pekerja yang berpengalaman bekerja dalam pasukan, itu hak mereka kerana mungkin tempat pekerjaan itu memerlukan seseorang yang sedemikian untuk terus maju dan berdaya saing. Kesimpulannya, itu hak dan keperluan mereka.
Kita sudah lihat latarbelakang ketiga-tiga golongan yang terlibat dalam isu graduan mengganggur ini. Jadi bagaimana penyelesaiannya?
Dalam isu ini sebenarnya ketiga-tiga pihak bertanggungjawab dan perlu memainkan peranan mereka bagi memenuhi kehendak pasaran pekerjaan.
Graduan perlu menambah nilai diri mereka sejak dari mula mereka memasuki alam pengajian di IPT lagi. Banyak peluang yang terbuka buat mereka seperti kursus anjuran Bahagian Hal Ehwal Mahasiswa, subjek-subjek major dan minor, kursus pengajian teras dan elektif, kelab dan persatuan, serta aktiviti-aktiviti sampingan yang lain. Mereka perlu berebut-rebut mencari peluang untuk menambah pengalaman mereka.
Di IPT juga, saya pasti graduan mempunyai banyak masa terluang. Ambillah kelas-kelas bahasa asing tambahan sehingga mahir bertutur dan menulis di dalam bahasa yang dipelajari. Janganlah membuang masa dengan berdating, melepak, dan tidur sahaja.
Bagi graduan yang sudah lulus dari IPT, bidang pendidikan bukanlah satu-satunya jalan keluar dari pengangguran. Anda boleh juga mewarisi pekerjaan keluarga seperti pertanian, perikanan, perindustrian, dan banyak lagi. Gunakanlah kepakaran dan kelulusan anda untuk memodenkan kaedah lama pekerjaan tersebut. Ubahsuai, inovasi, cipta yang baru.
Dalam mencari pekerjaan juga, anda perlu membuktikan bahawa anda mempunyai keazaman dan keinginan untuk bekerja. Jangan berputus asa sekiranya majikan enggan mengambil anda bekerja. Sekiranya sebelum ini majikan menolak permohonan anda, cuba kaji mengapa ia ditolak. Kemudian perbaiki dan pergi sekali lagi kepada mereka untuk memohon. Pasti mereka akan ‘terpikat’ dengan semangat anda dan kemudian mengambil anda bekerja.
Ketika menganggur juga anda boleh mempelajari bahasa asing untuk mencantikkan resume anda. Di luar juga banyak kursus-kursus belia dan pengurusan yang menawarkan pengalaman bekerja dalam kumpulan yang tidak ternilai. Cari, minta, dan ceburi.
Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan. Rezeki ada di mana-mana. Ketahuilah dan percayalah, ada hikmah di sebalik sesuatu itu.
Seterusanya ialah penjawat awam yang telah lama bekerja, baik yang sepatutnya telah bersara, dan mereka yang sudah berkeluarga. Berilah peluang kepada graduan-graduan pula untuk menimba pengalaman di dalam alam pekerjaan. Sebenarnya ada cara bagaimana hendak menyalurkan kepakaran mereka ini. Itu akan dikupas apabila saya membicarakan tanggungjawab kemeterian sebentar lagi.
Untuk yang telah berkeluarga, anda adalah kaitangan kerajaan yang tertakluk di bawah frasa “Saya yang menurut perintah”. Baik telah berumahtangga, berkeluarga, beribubapa, arahan yang diberikan oleh kerajaan tidfak sepatutnya diingkari dengan alasan. Sekiranya anda enggan bertukar, anda menyebabkan negara kehilangan kepakaran yang diperlukan yang ada pada anda. Di sini dapat dilihat bahawa anda tidak ikhlas dalam melaksanakan tugas untuk negara. Bayangkan apa kesannya apabila pandangan negatif sebegini tercata dalam buku perkhidmatan anda. Tidakkah ia akan menjejaskan peluang kenaikan pangkat anda kemudian hari? Mungkin banyak lagi kesannya yang tersirat yang tidak kita ketahui.
Kementerian pula bertanggungjawab untuk memberikan graduan jawatan yang sepatutnya. Namun, apa yang berlaku hari ini ialah, kementerian telah menyekat peluang pekerjaan dengan melanjutkan had usia persaraan. Peluang juga tertutup apabila pesara diberikan kontrak perkhidmatan untuk memegang jawatan setelah mereka mencapai had bersara wajib.
Mengapa tidak, mereka yang sudah mencapai usia persaraan ini, ataupun mereka yang berusia 50 tahun ke atas, diberikan jawatan sebagai penasihat atau pembimbing kepada penjawat jawatan yang mereka kosongkan tadi. Jadi kepakaran dan pengalaman pesara tidak disia-siakan. Penjawat jawatan yang baru pula boleh menimba ilmu dari mereka. Apabila ada kekosongan jawatan di bahagian jawatan tertinggi, mereka yang telah lama bekerja telah dinaikkan pangkat untuk mengisi keksongan tersebut. Kemudian berlaku pula kekosongan jawatn di bahagian-bahagiab lain, kan? Jadi graduan yang tiada pekerjaan tadi boleh mengisi keksongan di bawah pula.
Ada juga jawatan yang terlepas pandang oleh kementerian. Contohnya, bidang tugas di jabatan-jabatan yang sepatutnya ada tetapi tidak diwujudkan. Apa yang akan terjadi apabila seorang pensyarah Bahasa Inggeris, kena melakukan kerja berkaitan bidang ekonomi? Bagaimana pula mereka yang tiada kemahiran di dalam pembinaan laman web, ditugaskan untuk merekacipta laman web buat jabatan?
Jadi kenapa tidak kementerian yang mempunyai kuasa untuk mewujudkan pekerjaan, wujudkan sahaja jawatan-jawatan sebegitu di jabatan. Wujudkanlah jawatan perekacipta laman web, penganalisis ekonomi, jururunding, jurukomputer, dan lain-lain di dalam perjawatan di setiap tempat bekerja. Jadi kerja yang berkaitan diberikan pada orang yang sepatutnya yang mempunyai kemahiran di dalam kerja tersebut, bukannya diberi kerana orang itu yang terlintas di dalam fikiran Ketua Jabatan.
Jadi secara kira-kiranya, andailah ada 1000 jabatan atau tempat kerja di dalam jabatan kerajaan, dan diwujudkan sepuluh jawatan baru, maka sudah ada 10,000 peluang pekerjaan!
Apa yang susah dalam menyelesaikan isu ini? Petik jari!
Saya akan menutarakan isu sukan negara pula dalam blog akan datang. Jadi mari kita sama-sama bagi idea.
2 Pendapat:
Utk pengetahuan ko, aku pun apply KPLI.Y?Sbb aku rase profession cikgu menarik.Maybe aku terpengaruh dgn kemudahan yg Govt bg.Ntahla.Parents aku dr dulu mmg suka aku jd cikgu,cuma mase aku amik degree pend, hajat aku x smpai sbb aku kantoi n amik bidang yg bkn aku ingini.Wpun begitu, i luv my course now.Kenapa aku apply KPLI sbb aku rase keje aku skrg mcm x bleh nk xpose lebih. Maybe jugak aku x pandai nk expose. Profession as Personal Asst(PA) to Chief Operating Officer cum admin asst.Kelompok keje aku tak luas.sekdr dealing wif my bos & his client/fren.Got bz sometimes.Jd aku cari perubahan dgn amik KPLI. pendpt aku, kalu kita dh terlebih CIKGU, kenapa stil open KPLI..?dh la kena bg allw to them..right?Majikan plak kata graduan skrg x bermutu..yg sebenarnya graduan ni pilih keje. Melambak keje dlm nwpaper.x kan satu pun x amik diaorang bekerja. Bank pun byk offer Management Trainess..Ish..Segalanya terpulang kepada graduan tuh sendiri.Mase blaja sumer main²..sekdr dpt dgree cukup la.tUh yg graduan jd 'xberkualiti'.Ckp english pun x pandai.Aku bersyukur aku amik kos English & minor PEM.Sbb aku byk blaja isu sekeliling disamping memantapkan english aku.kalu aku dpt KPLI pun kali ni, aku maybe tak pegi sbb aku blum bersedia nk sign "saya yang menurut perintah"..walaupun tujuan aku amik KPLI adlh supaya aku ada masa lebih ngan family aku.Kalu aku kena transfer mcm diaorg, sure aku tak mampu nk lakukan.Jd aku blum bersedia utk itu.Terpulang jugak pada pendpt org lain. --> nampaknya KAs, aku saje yg bg pendpt.Ko kena lebh promote BLOG ni pada umum..baru syok!! <--
Sepanjang tahun ini, kami mencari seberapa banyak individu yang berminat untuk menambahkan pendapatan dari rumah sebagai Jurutaip Memproses Data Pengiklanan (Home Based Ads Data Entry / Typist Personel) adstypist.com di Malaysia. Kami merupakan penyedia servis perkhidmatan pemprosesan data pengiklanan yang berkesan untuk menarik minat pelanggan dan telah beroperasi sejak sekian lama dalam industri ini. Oleh kerana mendapat sambutan yang amat menggalakkan, kami mencari individu yang bertanggungjawab memproses data pengiklanan; pada masa dan dalam keselesaan rumah sendiri.
Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi ke
http://www.adstypist.com/
jawatan kosong
Post a Comment
<< Home