bagidea

Satu ruang perbincangan antara rakyat Malaysia. Membicarakan tentang isu semasa, politik, mahupun kehidupan dan alam sekitar.

Saturday, February 28, 2009

Allah

Tak boleh berbicara hal politik. Tersalah bicara masuk penjara. Tersalah perasaan kena saman. Jadi, diam-diam aje lah pasal politik.

Cuma saya nak bicara kini adalah berkenaan tindakan The Herald, yang bertindak selaku pengeluar halakah Kristianiti di Malaysia. Berkeras mereka untuk menggunakan perkataan Allah dalam artikel mereka kerana mereka menyatakan bahawa perkataan 'Allah' itu juga adalah nama Tuhan mereka bagi agama Kristian.

Hmmm... sebelum kita mengupas lebih lanjut isu ini, molek kita lihat maksud 'Allah' di dalm Wikipedia terlebih dulu.

Allah (Arabic: الله‎, Allāh, IPA: [ʔalˤːɑːh] pronunciation (help·info)) is the standard Arabic word for God.[1] While the term is best known in the West for its use by Muslims as a reference to God, it is used by Arabic-speakers of all Abrahamic faiths, including Christians and Jews, in reference to "God".[2][1][3] The term was also used by pagan Meccans as a reference to the creator-god, possibly the supreme deity in pre-Islamic Arabia.[4]
The concepts associated with the term Allah (as a deity) differ among the traditions. In pre-Islamic Arabia amongst pagan Arabs, Allah was not the sole divinity, having associates and companions, sons and daughters, a concept strongly opposed by Islam. In Islam, the name Allah is the supreme and all-comprehensive divine name. All other divine names are believed to refer back to Allah.[5] Allah is unique, the only Deity, creator of the universe and omnipotent.[2][1] Arab Christians today, having no other word for 'God' than Allah,[6] use terms such as Allāh al-ʼAb ( الله الأب) "God the Father". There are both similarities and differences between the concept of God as portrayed in the Qur'an and the Hebrew Bible.[7]

Source: http://en.wikipedia.org/wiki/Allah

Ada banyak lagi penjelasan oleh Wikipedia berkenaan penggunaan 'Allah' ini iaitu ketika "pre-Islamic Arabic", "Muslims" dan 'others".

Sebagai seorang Islam, saya tidak menafikan bahawa perkataan 'Allah' ini adalah hak milik agama Islam sahaja. Agama lain tidak layak menggunakan nama 'Allah' sebagai nama Tuhan mereka. Ini kerana penggunaan nama Allah di dalam agama lain akan menimbulkan kekeliruan terhadap umat Islam secara halus.

Namun menurut bukti dan sejarah pula, penggunaan nama 'Allah' telah lama digunapakai di dalam agama Kristian malahan sebelum kehadiran Islam lagi.

Isu ini adalah amat kompleks kerana sukar buat orang Islam menyangkal perkara yang sudah berlaku sejak ribuan tahun lalu.

Tetapi umat Islam sekalian harus ingat, agama Kristian wujud hasil ubahsuaian terhadap kitab dan sejarah Islam. Kita berbaliklah semula kepada al-Quran dan hadis apabila berbicara mengenai agama. Jika tidak faham atau tidak arif berkenaan agama, serahkan sahaja kepada ahli agama dan tokoh ulama untuk berdebat dengan kafir laknatullah.

Penggunaan 'Allah' dalam The Herald adalah satu lagi strategi psikologi yang dimainkan pendakwah Kristian bagi menyesatkan umat Islam.

Berhati-hatilah... Allahuakbar!!!

Labels:

Wednesday, February 11, 2009

Mungkinkah PAS dan UMNO di bawah satu naung?

Umum mengetahui bahawa PAS dan UMNO dianggotai oleh orang Melayu. Dan apabila disebut Melayu, semestinya Melayu yang beragama Islam. Namun perbezaan ideologi menyebabkan bangsa Melayu terpisah antara dua parti yang sama-sama kuat itu.

Kini, timbul satu soalan cepumas diajukan kepada pemerhati-pemerhati politik tanahair.

Mungkinkah PAS dan UMNO berada di bawah satu bumbung pentadbiran?

Mari kita kaji satu persatu perbezaan dan persamaan yang wujud di antara PAS dan UMNO.

1. Perbezaan

PAS adalah satu parti politik yang berasaskan agama yakni agama Islam. Walaupun majoritinya adalah Melayu, namun ia boleh disertai oleh mana-mana kaum lain yang beragama Islam. Sehingga ke hari ini, PAS masih belum boleh membuka pintu keahliannya kepada kaum-kaum beragama lain selain Islam. Pun begitu, usaha-usaha awal untuk menarik kaum lain dibuat dengan menubuhkan Kelab Penyokong PAS. Bahkan ketika PRU-12 yang lalu, PAS turut menaja bangsa lain untuk bertanding atas tiket Bebas, tapi berproksikan PAS. PAS bercita-cita untuk melaksanakan hukum hudud seandainya mereka berjaya menguasai Dewan Parlimen. Kini PAS telah bergabung dengan dua buah parti besar membentuk Pakatan Rakyat (PR) dan menjadi pembangkang di dalam Dewan Parlimen.

Manakala UMNO adalah sebuah parti yang sememangnya untuk orang Melayu dan memperjuangkan hak-hak keistimewaan Melayu sejak awal penubuhan lagi. Tidak mungkin UMNO akan dibuka untuk kaum lain, kerana kaum lain sendiri pun sudah mempunyai parti mereka tersendiri di dalam Barisan Nasional (BN). Agama adalah salah satu elemen penting di dalam UMNO. Namun tidak seperti PAS, ahli UMNO dilihat lebih moden dan berfikiran terbuka. UMNO cuba berkompromi dengan lain-lain parti dalam BN walaupun dalam masa yang sama soal kaum dan agama tetap dipelihara agar tidak tercemar. Pun begitu, hukum hudud sama sekali tidak disokong oleh UMNO kerana ia dirasakan 'kurang sesuai' untuk dilaksanakan di negara Malaysia.
2. Persamaan

Ketika ini, PAS dan UMNO masing-masing dianggotai oleh orang-orang Melayu. Pernah beberapa kali juga dialog dan forum diadakan di antara kedua-dua parti ini bagi membincangkan kebajikan dan kepentingan bangsa Melayu. Ini dilihat sebagai satu petanda positif yang membanggakan kaum Melayu kerana kedua-duanya dilihat bagai api dan air, namun boleh duduk semeja ketika perkara terpenting dibincangkan.

Situasi ini juga memberi kebimbangan kepada parti-parti bukan Melayu yang lain kerana sekiranya PAS dan UMNO bersatu, maka kaum Melayu juga akan menjadi kuat.
Mungkinkah bergabung? Hanya untuk ilustrasi. Sumber imej: dikirbarat.net
Maka timbullah satu soalan yang masih lagi belum kelihatan garis mulanya... Mungkinkah PAS dan UMNO bergabung membentuk sebuah parti berasaskan bangsa Melayu pada masa akan datang?

Ketika soalan ini diajukan kepada beberapa pemimpin PAS tahun lalu, dengan jelas dinyatakan bahawa "boleh tetapi UMNO kena menerima hukum hudud". Dan apabila diajukan pula kepada pemimpin-pemimpin tertinggi UMNO, mereka kata "boleh asalkan PAS ikhlas untuk sama-sama memperjuangkan kepentingan bangsa Melayu".

Jadi apakah penyelesaiannya kepada soalan tadi?

Bagi saya (selaku pengundi berdaftar...)

PAS adalah sebuah parti yang suci kerana ia menitikberatkan agama dan Islam menjadi panduan di dalam membuat sebarang keputusan di dalam parti mereka. Tidak seharusnya orang Melayu yang semestinya beragama Islam, mempertikaikan agama Islam itu sendiri. Namun dek kerana sebilangan ahli PAS yang tidak memahami prinsip perjuangan mereka, maka berlakulah insiden-insiden yang mencemarkan kesucian Islam seperti berdemonstrasi dan mengeluarkan fatwa-fatwa yang mengelirukan seperti 'undi syurga' dan pengkafiran sesama Islam. PAS juga harus mengelak dari mempolitikkan agama. Cukuplah sekadar agama dijadikan panduan di dalam berpolitik.

UMNO pula adalah sebuah parti yang sentiasa menegakkan ketuanan Melayu. Namun acapkali ketuanan itu disalahertikan oleh kaum lain sehingga menyangka kedudukan mereka akan tergugat dengan istilah ketuanan tersebut. Dan kadangkala ada juga ahli yang tersadung langkah sehinggakan UMNO lari dari prinsip asal untuk memperjuangkan hak keistimewaan Melayu. Ironinya, UMNO tidaklah sefanatik PAS dalam hal agama, tetapi masih lagi berpegang teguh terhadap ajaran Islam dan meneyerahkan kepada alim ulama' dalam satu-satu perkara yang begitu serius jika ia berkaitan agama. Oleh kerana UMNO lebih berfikiran terbuka, maka sudah tentu ada kepincangan di dalam isu agama.

Penyelesaiannya?

Tidaklah sesukar mana jalan penyelesaian bagi isu ini. Di dalam PAS mengandungi ramai ahli agama. Di dalam UMNO mempunyai ramai pemimpin bijaksana. Yang menjadi masalah adalah kaedah PAS menyebarkan ideologinya tidak kena dengan pentas politik.

Agama Islam seharusnya difahami dan diteliti dengan baik, bukan sekadar menerangkan permukaan airnya sahaja. Untuk memahami Islam, seseorang itu harus dibimbing oleh seorang lagi ahli agama yang lebih berilmu.

Jadi, sepatutnya PAS menerapkan Islam dari akar umbi, iaitu dari peringkat bawahan dan anak-anak lagi. Pergilah ke masjid-masjid, surau-surau, tempat-tempat ibadah Islam dan tempat-tempat ilmu yang ada untuk menyebarkan agama Allah. Terangkanlah dengan sebaik mungkin kepada semua orang Melayu dan yang beragama Islam akan perintah Allah. Terangkanlah kepada mereka apa yang perlu dilakukan dan apa yang tidak boleh dilakukan mengikut sunnah Nabi. Tapi janganlah bercerita perihal politik dan hasut-menghasut umat Islam agar membenci antara satu sama lain.

Maka bila orang-orang ini, tidak kira dari parti mana sekalipun, apabila mereka mendengar, memahami, dan menerapkan nilai-nilai Islam di dalam kehidupan seharian mereka, kerana mereka sudah mulai sebati, nescaya Islam itu akan mekar dengan sendirinya di dalam mana-mana parti yang ada orang Melayu.

Jika Islam itu disebarkan kepada anak-anak pula, nescaya bila mereka besar, pasti mereka, walau menjadi ahli UMNO sekalipun, akan bertindak mengikut sunnah dan al-Quran. Pasti mudah untuk mereka menerima apa jua hukum Allah yang hendak dilaksanakan kelak.

Tetapi harus diingat, terapkan anak-anak dengan ilmu agama! Bukan dengan ilmu politik agama atau duniawi.

Perumpamaannya seperti kita menjaga sebuah pokok. Jika hendak ditabur baja, kita bukan tabur di pucuknya. Tetapi kita tabur baja tersebut di akarnya. Dan bila akar menyerap baja tersebut, maka akan segar dan membesarlah pokok tadi. Bunga yang dikembang juga cantik.

Andai ada antara pemimpin PAS yang masih ingin berpolitik, silakan. Tapi tubuhkanlah sebuah parti baru itu dan bertindak selaku ahli politik -- ahli politik yang menjadikan Islam sebagai panduan. Bagi UMNO pula, perjuangkanlah bangsa Melayu dengan ikhlas. Namun perjuangan itu tidak harus lari dari sikap rendah diri dan niat yang suci.

UMNO juga perlu berbalik semula kepada asas fitrah manusia, merujuk kembali hukum Allah dan sunnah Nabi sebagai panduan. Biarlah parti lain dengan perjuangan mereka. Namun andai UMNO ingin bangkit kembali sebagai sebuah parti yang cemerlang, maka ahli-ahlinya perlu lebih tawadduk dan ikhlas dalam menjalankan tugas memperjuangkan bangsa dan agama.

Melayu tanpa agama akan sesat. Melayu tanpa politik akan hilang. Melayu tanpa agama dan politik akan musnah.

Labels: , , ,